Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..


Aduhai Puasa
Pada hari ini aku terpaksa berlapar dahaga kerana mu,

Akan tetapi….

Lapar dan dahaga ini hanyalah sedikit Jika hendak dibandingkan dengan kelaparan yang bakal ditanggung di dalam neraka sekiranya aku tidak boleh bersabar dalam menjalani mu


Aduhai Terawih
Setiap malam, peluh menitik membasahi tubuh ku kerana kehangatan berdiri lama mengerjakanmu Namun, Alangkah sedikitnya kehangatan ini jika dibandingkan dengan kepanasan di padang mahsyar yg mana matahari berada sejengkal di atas kepala ku


Aduhai Tahajud,
Alangkah beratnya lambungku untuk dipisahkan daripada tempat tidurku yang empuk semata-mata untuk mengerjakan mu Namun.. Alangkah menyesalnya aku Jika tidur ku di dalam kubur sering terganggu kerana tiada tahajud yang menghalang seksaan munkar dan nakir


Aduhai manusia,
Alangkah bahagianya Orang-orang yang tetap tekun dan sabar dengan amalan ini, Allah swt telah hiaskan syurga khas untuknya Allah swt telah jauhkan dirinya daripada neraka

Keampunan dan keredhaan Allah
yang diharapkan oleh setiap manusia
sentiasa bersama-sama dengannya
di dunia dan di akhirat..



Jika HARTA adalah RACUN.ZAKAT lah penawarnya. Jika UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya. Jika Seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN Pemutihnya.

Selamat Berpuasa buat semua...



With love,




0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Pages

Design by Blogger Templates | Free Blogger Templates