OVERDUE




(15/09/09)


"Bila baby nak keluar..Mama & babah dah tak sabar ni utk menatap wajah baby,mendengar tangisanmu,gelak tawamu,tingkah lakumu dan segala2nya tentangmu.Cepatlah keluar,asyik nak main2 jer kat dalam tu.Dah 9 bulan tau babah ngan mama tunggu skrg dah tiba masanya baby keluar dari perut mama"

Aku dijangka bersalin pada 15/09/09..Tetapi apa yg merisaukan aku dan My love hingga tarikh itu aku langsung tiada tanda2 untuk bersalin.Baby didlm perutku masih bergerak aktif seperti biasa..Aku pergi ke klinik & doc memberitahuku kalau lebih dari 9 hari tarikh due aku masih tdk bersalin,aku dikehendaki terus ke hospital..kena induce la...huhuhuhu

Cepatlah baby keluar...Cari 'jalan' cepat.. kalau baby lambat keluar dah overdue mama akan kena 'induce' .Kesian kat baby kalau baby belum ready nak keluar nnt kena 'paksa' keluar baby juga yg akan 'mengamuk' kt dlm perut tu nnt.Tapi kalau biar baby lama2 kt dlm perut mama bahayakan baby juga..Cepat ye sayang cari 'jalan' tu..Jgn buat mama ngan babah risau..
Sian mama tgk kat babah baby tu tak senang duduk dibuatnya...



(16/09/09)


Huhuhuhu....
Still x de tanda2 lagi..Aku masih aktif seperti biasa...Kebetulan kakak & adik iparku ajak join diorang shoping raya..hmm bolehlah g jalan2 sekali..Alhamdulilah,setakat ni aku tak pernah tinggal puasa& masih larat lagi utk berpuasa sehingga ke saat2 terakhir.Aku & My love x shoping raya pun sbb time raya tu mesti aku tgh berpantang,just byk shoping barang baby je..Habis satu mall tu aku tawaf,harap2 aku bila balik rumah ader la tanda2 utk aku bersalin tapi nampaknya babyku masih happy 'landing 'kat dlm tu...




(17/09/09)


Biasanya org cakap tanda2 awal nak bersalin ni kebanyakannya air ketubannya pecah @ turun darah...Harap2 aku bila bgn tido pagi ni adalah salah satu tanda2nya tapi tetap tak ada..Aku tgk muka My love sampai dah tak boleh nak senyum tanda kerisauannya yg amat sgt.Lagipun itulah pengalaman pertama kami menghadapi situasi macam ni.Kami hanya mampu berdoa semoga Allah S.W.T mempermudahkan segalanya..Amin

Jam 12.30 tgh hari,telefon bimbitku berbunyi.Adikku Angah memberitahuku bahawa isterinya Yatie dah dimasukkan ke wad hospital Serdang krn air ketubannya dah kurang.Mungkin Yatie kena induce secepat mungkin coz takut baby lemas lak kt dlmtu sedangkan tarikh due nya lambat lagi.Lewat 3 mggu dariku..Dlm hatiku berkata yg sorang ni dah terover due pun tak nak keluar2 lagi tapi yg sorang lagi belum sampai masa lagi dah tak sabar nak keluar.Huhuhu

My love pun apa lagi sambil mengusap perutku terus 'motivasi' baby kt dlm perut ni katanya cepatlah keluar baby,cousin baby pun dah nak keluar tu..babah ngan mama risau baby tak nak keluar2 lagi.dah tak sabar ni nak peluk cium baby.Selepas itu aku pun ke toilet rasa cam nak buang air kecil..


TIBA-TIBA



Arghhhhhhhhhhh.....

Aku tgk ada 'something' di seluarku..Spontan dup dap dup dap dadaku.Antara gembira & takut aku terus menjerit kpd My love ..


Bergegas suamiku mendapatkan aku.Jom cepat siap kita pegi hospital katanya.Perasaan aku ketika itu bercampur baur..Takut,gembira,seram sejuk pun ada..Sudah nak bersalin kah aku ni???



1 comments:

Anonymous said...

Azlin Hashim: ye syg dah nak bersalin jom gei hospital suruh nafisa keluar he2

Related Posts with Thumbnails

Pages

Design by Blogger Templates | Free Blogger Templates