BERITA GEMBIRA



Setelah sebulan berlalu selepas majlis persandinganku,alhamdulillah akhirnya aku disahkan mengandung.Orang yg paling gembira sekali tentulah My love yg sudah tdk sabar2 utk bergelar ayah.


Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh My love kepada emakku dan ayah mertuaku dan masing2 tdk sabar utk menanti kelahiran cucu sulung kedua belah keluarga.Dikala usia kandunganku 8 minggu,kami menerima sekali lagi berita gembira yg mana adik iparku juga turut mengandung.

Setelah aku mengandung akhirnya My love mengambil keputusan supaya aku berhenti kerja & duduk dirumah sahaja.Dia mahu aku menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga lebih2 lagi pada baby kami yg bakal lahir.Akhirnya rasmilah aku menjadi surirumah sepenuh masa.

Pada mulanya aku yg biasa bekerja terasa teramatlah boring bila duduk dirumah,terasa sunyi lak tu bila My love pergi kerja tapi bila My love memujukku katanya sabarlah syg tunggu 9 bln lagi confirm aku takkan sunyi sbb nanti aku dah ada teman..tersenyum aku mendengar katanya...abg ni memang pandai mengambil hatiku.

Aku dijangka bersalin pada 15/09/2009..time bulan pose lak tu..hehe.sepanjang mengandung aku tak der la kena 'morning sickness' teruk sgt cuma yg biasa2 jer.Masa dua bulan mengandung,tiap2 pagi mesti My love kena bawa aku pergi makan roti canai..Ntah la aku pun tak tau knp aku suka sgt mkn roti canai time tu..

Time check up tiap2 bulan,yg paling aku ngeri sekali bla kena cucuk jari ambil darah..Sampai boleh tergelak la akak tu bla dia cucuk je jari aku lak pejam mata.Beratku naik 9kg semasa mengandung dari 59kg hinggalah 68kg..Hmm..dlm hati boleh ke aku kurus balik lepas ni...Masa 6 bulan kandunganku,aku bersama My love pegi ke klinik untuk scan jantina baby.Surprise dan berdebar rasanya nak tau jantina baby.InsyaAllah,melalui scanner doc ckp 'baby girl'.Sebenarnya aku & My love tak kisah baby boy ke girl asalkan baby sihat & sempurna..

Time pregnant ni aktiviti yg paling best sekali shoping baju & barang2 baby...Bila pergi mall je tak de tempat lain yg aku tuju mesti pergi bahagian baby dulu.Bila kandunganku dah nak masuk 7 bulan,barulah aku start shoping barang baby.Siap ada list lagi takut lupa nak beli apa maklumlah baru 1st time nak jadi ibu.

Kalau ikutkan nafsu keibuanku rasanya segala macam
brg yg berkaitan ngan baby & yg x perlu sgt pun aku rasa nak beli tapi nasib baik ada My love yg sentiasa berikan 'pesanan penaja' tiap kali time shoping.Betul juga katanya beli barang yg betul2 perlu & tahan lama& berkualiti.Tapi aku tgk My love pun excited gak shoping baju baby sampai aku lak yg tpaksa berikan pesanan penaja padanya..hehehehehe.




Masa aku mengandung,virus H1N1 tgh hebat melanda.Sebagai wanita mengandung,aku berisiko tinggi utk dijangkiti.Aku dikuarantinkan oleh My love dari keluar rumah.Kalau nak keluar pun dgn bersyarat mesti aku kena pakai face mask.Tapi aku pun letakkan syarat 'abg pun kena pakai face mask juga'.

Bila dah H1N1 ni,rutin aku berjalan2 di mall pun tergendala.Bukan apa,biasanya time cuti,My love suka bawa aku jalan2 pusing satu mall lebih2 lagi bila kandunganku dah nak masuk 8 bulan.Katanya kalau byk berjalan ni insyaAllah akan memudahkan proses bersalinku nnt.

Bila dah 8 bulan perutku pun tak der la besar sgt cumel2 jer.Time tu pun dah masuk bulan Ramadhan.Alhamdulilah,aku masih larat berpuasa & dipermudahkan oleh Allah S.W.T.Aku masih aktif utk berjalan kesana sini dan ketika dah 9 bulan pun aku masih kuat utk menemani adik dan kakak iparku shoping raya.Masa tu berdebar juga hatiku bila teringatkan bila2 masa sahaja aku boleh bersalin.Kuatkah aku utk menghadapinya nnt..huhuhu

Terima kasih kpd My love yg sentiasa take care sgt2 menjaga ku & anak dlm kandunganku & sentiasa sabar dgn 'mood' ku sepanjang kehamilan.Sentiasa memberikan aku semangat dan nasihat & yg paling best sekali My love la yg memperkenalkan forum RATU HATI padaku & tidak pernah lupa membelikanku bahan2 bacaan sebagai panduan utk aku sebagai bakal ibu menambahkan ilmu pengetahuan.

Kata My love,walaupun aku surirumah sepenuh masa biarlah aku menjadi surirumah yg berilmu yg boleh mendidik & membesarkan anak kami nanti....





0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Pages

Design by Blogger Templates | Free Blogger Templates