NAFISA CHICKEN POX ( 28/02/2010)
Sebagai ibu bapa baru,aku & my love berasa sgt cemas apabila puteri kecil kami yg ketika itu baru berusia 6 bulan disahkan oleh doktor dijangkiti virus chicken pox..
Tidak dpt digambarkan perasaan sedihku & mylove ketika itu bila melihat Nafisa yg sebelum ini sgt aktif,lincah,lasak,bergelak ketawa terbaring lemah diatas tilam sambil merengek2..Kesian sgt kat Nafisa,sabar ye sayang...mama&babah pun sedih sgt tgk keadaan Nafisa..semoga Nafisa cepat sembuh..
Hari Pertama
(Bintik2 merah baru nak keluar)
Mandi air daun semambu
(cepat je atuk fisa g cari daun semambu)
Hari ke-3
(Cek suhu fisa dulu sbb demamnya makin panas)
Hari ke-4
(Baru je sihat sikit terus nak gerak kesana kemari)
Hari ke-5
(Ala ciannya ank mama ni x lena tido,tgk sedih je muka babah fisa tu)
Hari ke-6
(Bintik2 merah dah keluar semua,kt bhgian muka paling byk)
Hari ke-9
(Bintik2 merah mula berkurangan)
Sebulan selepasnya...
Nafisa smile......
Muka Nafisa masih lagi ada parut2 degil chicken pox..
Semoga semakin Nafisa membesar,makin hilanglah parut2 chicken pox tu..Sian anak mama ni ada 'tanda' lak kt mukanya..
Mama&babah sentiasa berdoa semoga Nafisa sentiasa sihat & dilindungi oleh Allah S.W.T
Posted at 6/25/2010 12:08:00 AM | Labels: MY PRINCESS | 1 Comments
NAFISA MENIARAP
TAHNIAH NAFISA
3 bulan 10 hari dah boleh meniarap
Shazlin Nafisa,u can do 'it !!!
Akhirnya...terpancar kepuasan dimuka Nafisa bila 1st time Nafisa boleh niarap walaupun time tu muka Nafisa tak boleh angkat tinggi lagi sbb leher Nafisa masih lembik..Lepas ni byk lagi steps dan cabaran utk Nafisa tau.
Itulah gelaran yg telah diberikan kpd Nafisa oleh mama&babah..
NAFISA TELENG
Bila buka post Nafisa meniarap ni,mama teringat satu peristiwa bila org cakap anak mama ni teleng..Masa tu mama,babah&fisa balik umah moyang fisa di Temerloh sbb TokChik fisa bertunang..Patutlah Nafisa sibuk sgt nak cepat niarap walaupun leher tu masih lembik,rupanya nak tunjuk kt org kampung yer..Sepupu fisa,Aina Batrisya yg sama umur pun lum lg niarap..
Kat umah moyang Nafisa,kecoh sgt time tu diorang cakap Nafisa teleng sbb bila dukung je fisa,kepala fisa senget.Mama beria pertahankan Nafisa,mama cakapla leher Nafisa tu lembik lagi,pastu dia niarap lama2 tapi kepala tak leh angkat lagi sbb tu bila dukung jadi mcm tu.Tapi mama sedih diorang tetap cakap 'anak mama ni teleng'..huhuhuhu..
Bila dah diorang asyik ckp camtu,lama2 mama pun jadi risau.Betul ke anak aku ni teleng?Terus mama tak senang hati..berbagai2 andaian mama buat..Babah fisa ckp bukan teleng tu,kalau teleng langsung tak blh pusing kiri kanan kepala tu tapi nafisa boleh...
Babah fisa terus pujuk mama tapi mama tetap tak puas hati sampai mama nak ajak babah fisa jupa pakar kanak2...Ntahlah,time tu mama rasa risau yg teramat sgt tapi nasib baik ada babah fisa yg sentiasa 'mempertahankan' teorinya itu..katanya 'nafisa tak teleng,lehernya je belum kuat lagi'.
Untuk sedapkan & puaskan hati mama,ptg tu jugak bila balik ke Selangor babah fisa terus belikan 'accesories' utk tegakkan kepala fisa tu..Kalau ikutkan mama,segala mcm 'accesories' yg berkaitan dgnnya mama nak beli..Beratus juga lah habisnya tapi huhuhuhu bila balik umah nafisa lak tak suka guna benda tu..mcm mana ni..pastu babah fisa terus 'google' artikel tentang teleng bagi mama baca bagi mama puas hati.Barulah blh tersenyum sikit mama bila tgk cirinya2 satu pun tak ada dekat Nafisa tp mama tetap berhati2 juga..
Akhirnya,mama cakap juga'Betullah babah,anak kita Nafisa tak teleng..Dulu sebab lehernya lembik lagi tapi sekarang dah keras dah boleh tegak kepalanya'..Alhamdulillah,syukur..
Sampai saat ini bila tgk je 'accesories' tu diatas almari,tersenyum aku sendirian dan My love pun apa lagi seronok sgtla 'kenakan' isterinya ni..hahahaha Nafisa teleng..
With Love...
Posted at 6/23/2010 11:34:00 PM | Labels: MY PRINCESS | 0 Comments
MAJLIS AKIKAH & CUKUR JAMBUL ( 14/11/09 )
Majlis akikah & cukur jambul nafisa diadakan masa umur nafisa lagi 4 hari nak masuk 2 bulan.Majlis ni buat sederhana je tapi meriah sgt dgn kehadiran saudara mara.
Seekor kambing diakikahkan untuk Nafisa..Selepas majlis,terus babah fisa cukur rambut fisa sampai botak..huhuhu
Nafisa dah jadi 'botak girl'
with love,
Posted at 6/20/2010 11:50:00 PM | Labels: MY PRINCESS | 0 Comments
WELCOME MY LITTLE PRINCESS
Selamat datang 'Shazlin Nafisa' dalam hidup babah & mama..
TARIKH LAHIR : 18 SEPT 09/28 RAMADHAN 1430 AH
J/MASA KANDUNGAN : 40 MGGU
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SERDANG,SELANGOR
BERAT KETIKA LAHIR : 2.61 KG
PANJANG : 48 CM
LILITAN KEPALA : 32 CM
JENIS KELAHIRAN : NORMAL
Inilah puteri kami diberi nama SHAZLIN NAFISA BINTI AZLIN yg membawa maksud 'yg berharga buat Sharina & Azlin'
With Love...
Posted at 6/17/2010 05:11:00 PM | Labels: MY PRINCESS | 0 Comments
KELAHIRAN YANG DINANTI
17/09/09
(2 ptg)
Dalam perjalanan ke Hospital Serdang,macam2 yang aku fikirkan..Berdebar & takut sgt rasanya.Aku pandang muka My love disebelah.Nampak tenang tapi aku tahu dari gerak gerinya dia pun berperasaan macam aku.Genggaman tanganku dia genggam erat.
Betul ke aku nak bersalin ni tapi tak ada rasa sakit pun lagi just ada 'tanda' tu je.Tapi betul ke tandanya tu aku nak bersalin?Nanti kalau sampai hospital doc cek 'jln' x buka2 lagi,mesti kena balik.Ada kwn2 ku cakap masa doc nak cek serviks kita tu dah buka ke belum,mmg sakit masa kena seluk tu.Ngeri aku bila dgr.Macam2 yg aku fikirkan saat ini.Hanya Allah s.w.t je yg tahu gelodak perasaanku ketika ini..
Menggigil tanganku apabila nurse memintaku menukar kain batik supaya senang utk doc cek jln nnt.Sambil menunggu doc dtg,aku baring di atas katil.Masa tu aku langsung tak ada rasa sakit lagi.Aku berdoa pada Allah S.W.T agar jlnku sudah terbuka nanti.Dah tak sanggup rasanya aku menanti saat2 kelahiran ini.My love pun dah tak sabar2 nak jadi 'babah'.
Allah Hu Akhbar..
Sakitnya aku rasa masa doc 'seluk' tu.Mengucap panjang aku.Mmg sakit sgt sampai seluruh tubuh badan aku menggigil.Bukan sekali tapi 3 kali diseluknya.Time tu aku rasa macam nak terajang2 je doc tu.Alhamdulilah doc bagi tau 'jln' aku dah buka 3 cm tapi aku still tak rasa apa2 lagi.
(5 ptg)
Aku tidak dibenarkan balik sebab 'jln' dah buka 3 cm..So,ptg tu aku terus dimasukkan ke wad..Adik iparku yg duduk berhadapan wad ku dtg melawatku.Katanya dia mungkin diinduce dalam masa beberapa jam lagi.Di dalam wad,aku menghabiskan masa berjalan2 disekitar wad biar lagi cepat bukaan rahimku..
(8 mlm)
Alhamdulilah,jalanku dah buka 4 cm tapi aku still tak rasa sakit lagi.Dari berbaring di atas katil aku pun jalan2 lagi disekitar wad.Perasaan berdebar,takut,macam2 difikiran.Tak dapat dibayangkan macam mana aku nak bersalin nanti tapi aku lega bila fikirkan My love dapat menemaniku ketika aku melahirkan anak kami nnt..
(10mlm)
Dah ada tanda2 sakit..Baru 'introduction'..lebih kurang kul 10.30 mlm My love dtg membawa makanan yg aku pesan.Sebenarnya aku dah tak de selera nak makan,tapi takut tak ada tenaga lak nnt nak meneran semasa bersalin nnt.Dah la siang tadi aku berpuasa.Kul 11.30 sakit semakin kuat setiap 10minit.Aku terus panggil nurse.Jlnku dah buka 5cm.Nurse memintaku bersiap sedia utk ke labour room..
18/09/09
(12.15 mlm)
Aku dah ada di labour room.My love setia menemani disisiku.Kata My love,ibuku & adik2ku ada diruangan menunggu.Aku tdk sempat berjumpa ibuku.Selepas aku meminta maaf kpd My love,aku memintanya menyampaikan kata maafku kpd ibuku & mendoakanku supaya aku mudah bersalin nnt dan semoga semuanya selamat.
(1.00 pagi)
Jlnku sudah terbuka 7cm..Doc memecahkan air ketubanku.Kata doc aku dijangka bersalin pd pukul 5 pagi nnt.Aku terus melihat jam didinding baru pukul 1,alamak laratkah aku menahan kesakitan ini selama 4 jam lagi???..Macam2 yg aku fikirkan termasuklah perkara2 yg negatif..tetapi My love sentiasa memberikanku semangat supaya aku kuat menghadapi saat ini..Terima kasih kpd My love krn byk bersabar dgn kerenahku yg macam2...
(2.35 pagi)
Sakitku dtg setiap 2 minit..Terasa macam babyku dah tak sabar2 nak keluar.Aku memberitahu My love supaya memanggil doc.Terkejut doc ngan nurse apabila melihat jlnku sudah terbuka 9cm.Masing2 bertanya adakah aku meminum air selusuh sbb bukaan rahimku begitu cepat.Aku menggeleng kepala.Dlm hatiku berkata'mungkin babyku tak nak biarkan mama nya sakit lama2 kot'..
(2.40 pagi)
Aku sudah start meneran.My love sentiasa menggenggam erat tgnku.Mukanya kelihatan sedih sgt setiap kali aku menjerit menahan kesakitan.Mula2 aku tgk 1st time My love masuk ke labour room tadi mukanya seakan panic tapi lama2 dia sudah dapat mengawal perasaannya.
(2.50 pagi)
Aku masih lagi meneran..Kata My love kepala babyku sudah nampak.My love,nurse dan doc byk memberikanku semangat ketika itu.Aku kena kuat.Hanya separuh kepala baby je jap kuar jap masuk.Segala 'skil' meneran & teknik pernafasan yg ku baca dulu sewaktu hamil secara 'teorinya' terasa amat senang, kini terasa amat susah utk dipraktikkan..Ya Allah permudahkanlah hambamu ini..
(3.00 pagi)
Hampir separuh tenagaku hilang tapi 'baby' ku tak keluar lagi..Tiba2 aku mendengar doc ckp 'saya gunting ye'.Huhuhuhu..Aku merelakan dlm terpaksa.Apa yg aku fikirkan ketika itu buatlah apa sahaja asalkan babyku dpt keluar dgn cepat dan selamat.
(3.03 pagi)
Dgn sekali teran sahaja selepas aku 'diguntingkan',babyku selamat dilahirkan secara normal.SubhanAllah,sebaik sahaja babyku keluar,segala kesakitan ku terus hilang.
Syukur kpd Allah s.w.t krn mempermudahkanku ketika bersalin.
Baby girl ku dilahirkan dgn selamat,sempurna,sihat dan comel sgt...1st impression 'tentulah macam muka babahnya'... Selepas baby ku selesai di qamatkan oleh babahnya,aku terus menyusukannya..tenang hatiku bila babyku ada dipelukanku..Detik yang saat indah bila aku dpt menyusukan bayiku sendiri..Syukur alhamdulillah.
Selepas itu aku ditempatkan di wad kelas 1 atas permintaan My love.Katanya supaya aku lebih selesa dan My love serta ibuku dpt menjaga bayi kami sepanjang berada di wad itu.
(5.00 ptg)
Alhamdulilah,setelah semuanya selesai & tiada apa2 masalah aku & permata hatiku dibenarkan pulang.Terima kasih kpd doc dan staff nurse Hospital Serdang atas layanan mesra yg diberikan sepanjang aku berada disana.
Sesungguhnya pengalaman bersalin setiap ibu itu berbeza..Sekadar berkongsi cerita,inilah pengalaman paling hebat yg pernah aku lalui..
With Love...
Posted at 6/16/2010 12:37:00 AM | Labels: PREGNANT | 1 Comments
OVERDUE
(15/09/09)
Aku dijangka bersalin pada 15/09/09..Tetapi apa yg merisaukan aku dan My love hingga tarikh itu aku langsung tiada tanda2 untuk bersalin.Baby didlm perutku masih bergerak aktif seperti biasa..Aku pergi ke klinik & doc memberitahuku kalau lebih dari 9 hari tarikh due aku masih tdk bersalin,aku dikehendaki terus ke hospital..kena induce la...huhuhuhu
Cepatlah baby keluar...Cari 'jalan' cepat.. kalau baby lambat keluar dah overdue mama akan kena 'induce' .Kesian kat baby kalau baby belum ready nak keluar nnt kena 'paksa' keluar baby juga yg akan 'mengamuk' kt dlm perut tu nnt.Tapi kalau biar baby lama2 kt dlm perut mama bahayakan baby juga..Cepat ye sayang cari 'jalan' tu..Jgn buat mama ngan babah risau..
Sian mama tgk kat babah baby tu tak senang duduk dibuatnya...
(16/09/09)
Huhuhuhu....
Still x de tanda2 lagi..Aku masih aktif seperti biasa...Kebetulan kakak & adik iparku ajak join diorang shoping raya..hmm bolehlah g jalan2 sekali..Alhamdulilah,setakat ni aku tak pernah tinggal puasa& masih larat lagi utk berpuasa sehingga ke saat2 terakhir.Aku & My love x shoping raya pun sbb time raya tu mesti aku tgh berpantang,just byk shoping barang baby je..Habis satu mall tu aku tawaf,harap2 aku bila balik rumah ader la tanda2 utk aku bersalin tapi nampaknya babyku masih happy 'landing 'kat dlm tu...
(17/09/09)
Biasanya org cakap tanda2 awal nak bersalin ni kebanyakannya air ketubannya pecah @ turun darah...Harap2 aku bila bgn tido pagi ni adalah salah satu tanda2nya tapi tetap tak ada..Aku tgk muka My love sampai dah tak boleh nak senyum tanda kerisauannya yg amat sgt.Lagipun itulah pengalaman pertama kami menghadapi situasi macam ni.Kami hanya mampu berdoa semoga Allah S.W.T mempermudahkan segalanya..Amin
Jam 12.30 tgh hari,telefon bimbitku berbunyi.Adikku Angah memberitahuku bahawa isterinya Yatie dah dimasukkan ke wad hospital Serdang krn air ketubannya dah kurang.Mungkin Yatie kena induce secepat mungkin coz takut baby lemas lak kt dlmtu sedangkan tarikh due nya lambat lagi.Lewat 3 mggu dariku..Dlm hatiku berkata yg sorang ni dah terover due pun tak nak keluar2 lagi tapi yg sorang lagi belum sampai masa lagi dah tak sabar nak keluar.Huhuhu
My love pun apa lagi sambil mengusap perutku terus 'motivasi' baby kt dlm perut ni katanya cepatlah keluar baby,cousin baby pun dah nak keluar tu..babah ngan mama risau baby tak nak keluar2 lagi.dah tak sabar ni nak peluk cium baby.Selepas itu aku pun ke toilet rasa cam nak buang air kecil..
TIBA-TIBA
Arghhhhhhhhhhh.....
Aku tgk ada 'something' di seluarku..Spontan dup dap dup dap dadaku.Antara gembira & takut aku terus menjerit kpd My love ..
Bergegas suamiku mendapatkan aku.Jom cepat siap kita pegi hospital katanya.Perasaan aku ketika itu bercampur baur..Takut,gembira,seram sejuk pun ada..Sudah nak bersalin kah aku ni???
Posted at 6/15/2010 12:10:00 AM | Labels: PREGNANT | 1 Comments
EKSKLUSIF !!!!!!
ANTARA KOLEKSI GAMBAR SEPANJANG 9 BULAN KEHAMILANKU
Ni dah masuk 5 bulan..
Semasa pertunangan kakak iparku (k.long)
Bersama adik ipar koni (5 bulan)
Dah 7 bln.Perut pun semakin membesar
Posted at 6/14/2010 03:25:00 AM | Labels: PREGNANT | 0 Comments
BERITA GEMBIRA
Setelah sebulan berlalu selepas majlis persandinganku,alhamdulillah akhirnya aku disahkan mengandung.Orang yg paling gembira sekali tentulah My love yg sudah tdk sabar2 utk bergelar ayah.
Pada mulanya aku yg biasa bekerja terasa teramatlah boring bila duduk dirumah,terasa sunyi lak tu bila My love pergi kerja tapi bila My love memujukku katanya sabarlah syg tunggu 9 bln lagi confirm aku takkan sunyi sbb nanti aku dah ada teman..tersenyum aku mendengar katanya...abg ni memang pandai mengambil hatiku.
Time check up tiap2 bulan,yg paling aku ngeri sekali bla kena cucuk jari ambil darah..Sampai boleh tergelak la akak tu bla dia cucuk je jari aku lak pejam mata.Beratku naik 9kg semasa mengandung dari 59kg hinggalah 68kg..Hmm..dlm hati boleh ke aku kurus balik lepas ni...Masa 6 bulan kandunganku,aku bersama My love pegi ke klinik untuk scan jantina baby.Surprise dan berdebar rasanya nak tau jantina baby.InsyaAllah,melalui scanner doc ckp 'baby girl'.Sebenarnya aku & My love tak kisah baby boy ke girl asalkan baby sihat & sempurna..
Kalau ikutkan nafsu keibuanku rasanya segala macam brg yg berkaitan ngan baby & yg x perlu sgt pun aku rasa nak beli tapi nasib baik ada My love yg sentiasa berikan 'pesanan penaja' tiap kali time shoping.Betul juga katanya beli barang yg betul2 perlu & tahan lama& berkualiti.Tapi aku tgk My love pun excited gak shoping baju baby sampai aku lak yg tpaksa berikan pesanan penaja padanya..hehehehehe.
Bila dah H1N1 ni,rutin aku berjalan2 di mall pun tergendala.Bukan apa,biasanya time cuti,My love suka bawa aku jalan2 pusing satu mall lebih2 lagi bila kandunganku dah nak masuk 8 bulan.Katanya kalau byk berjalan ni insyaAllah akan memudahkan proses bersalinku nnt.
Kata My love,walaupun aku surirumah sepenuh masa biarlah aku menjadi surirumah yg berilmu yg boleh mendidik & membesarkan anak kami nanti....
Posted at 6/12/2010 02:04:00 AM | Labels: PREGNANT | 0 Comments
HONEYMOON
DATE : 3/12/08-5/12/08
DESTINASI : MELAKA-JB
Posted at 6/11/2010 07:53:00 PM | Labels: SWEET MOMENT | 0 Comments
TANGISAN DLM KEGEMBIRAAN
Sedih rasanya bila mengenangkan org yg kita sayangi,yang melahirkan kita,yg membesarkan kita dgn penuh kasih sayang tidak dapat bersama2 meraikan hari bahagia kita..Didalam kegembiraan itu pasti terselit sedikit kesedihan apatah lagi mengingatkan saat inilah yg mereka tunggu2 tapi bila tiba masanya,mereka pula pergi dijemput ILahi...Al fatihah utk Ayahku & Ibu mertuaku..
Ayahku pergi menghadap Ilahi pada 1/05/2008 selepas 3 bulan majlis pertunanganku manakala ibu mertuaku pula meninggal dunia pada 15/06/2007 lebih kurang 2 mggu sebelum aku mengenali suamiku..
Ini bermakna aku tdk sempat bertemu dan mengenali ibu mertuaku.Aku hanya mengenali ibu mertuaku melalui gambarnya dan cerita2 tentangnya daripada My love serta kakak & adik2 iparku..
Kini aku hanya ada ayah mertua dan My love pula hanya ada ibu mertua..jika mereka masih ada,pasti mereka org yg paling gembira diatas perkahwinan ini & kelahiran anak kami Shazlin Nafisa binti Azlin tapi ALLAH S.W.T lebih sayangkan mereka..
AL fatihah utk arwah ayahku dan arwah ibu mertuaku....Semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yg soleh & solehah disisimu YA ALLAH..
DALAM KENANGAN....
"sekiranya arwah ibu mertuaku masih ada,ingin ku ucapkan padanya terima kasih mak krn melahirkan seorang anak yg bernama Azlin bin Hashim"
Posted at 6/09/2010 01:08:00 PM | Labels: FAMILY | 2 Comments