KeNaPa Tak ROGOL Saya



Kisah benar ini berlaku di US

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.


Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke
rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI??? Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.



With love,



source :http://jomsayang.blogspot.com



KiSaH RoTi JoHn 2008


1st Ramadhan aku bersama My love dan princes Nafisa pergi ke Bazar Ramadhan.Seperti biasa bila jumpa saper2 yg kenal ngan kami mesti soalan yg sama akan ditanya seperti tahun lepas "tahun ni tak niaga roti john ke"?


"Tak dapat nak niaga tahun ni..tgh sarat..tunggu masa je baby nak kuar.InsyaAllah,tahun depan kot blh la niaga"..tu jawapan bagi soalan tahun lepas..Tahun ni punya jawapan lak "dah keje 12 jam ni tak de masa nak niaga, lagipun anak kecik lagi baru 10 bulan,hmm tengoklah tahun depan kot boleh".....hmm Kita tunggu lak apa jawapan utk tahun depan yer....
hehehehe




Sedar tak sedar dah dua tahun rupanya kenangan indah itu berlalu tapi tetap segar dlm ingatan..masa ni aku dan My love masih lagi di alam pertunangan.Mula2 risau juga nak niaga ni takut 'tak laku'.InsyaAllah ada la rezeki tu nanti.
Blm cuba blm tau kan..


Actually sblm ni tak pernah pun buat roti john ni,tau makan jer..
Roti John yg paling aku & My love suka sekali kt pasar malam Padang Jawa.Sedap bangat rasanya.Sanggup dari Pj ke Shah Alam semata-mata gi pasar malam kat situ beli roti john uncle tu..Last pegi situ masa aku pregnant 7 bln..Skrg umur Nafisa dah 10 bulan,baru2 ni pergi la pasar malam kat situ.Dlm kete terbayang2 dah roti john uncle tu tapi sedih sgt uncle tu dah tak niaga kat situ lagi..
huhuhuhu




Alkisahnya...1st day niaga, just bawa 30 pcs roti je..Tu pun rasa mcm dah byk sgt..Takut nnt kalau bawa byk2 tak abis lak.Tak tau la plak sambutan begitu menggalakkan..Kejap je da abis..2cnd day bawa lak 60pcs..pun abis..Hari ketiga tambah lagi 100pcs..licin gak... Dan hari seterusnya mesti bawa extra... Pun habisss...Syukur alhamdulillah..



Huh..time customer tgh ramai memang tak menang tangan rasanya..Menggeletar nak membuatnya dgn cepat..mana nak layan ragam customer lagi..ada yg nak extra black pepper la,mayonis lebih,tak nak sayur pun ader..sampai tak sempat la nak jeling 'tukang masak' kt sebelah tu...Masing2 buat tugas masing2..Walaupun 'amatur' 'tukang masakku' itu sgt cekap membuat roti john.



Ada satu kisah customer ni..Masa 1st day uncle ni dtg beli roti john, dia geleng2 kepala bila tgk.Tak tau la sbb apa..Ingatkan pasni confirm dia tak nak dtg beli dah tapi rupanya dlm sebulan tu hari2 dia mesti beli.Ada satu hari tu last minute baru dia dtg beli tapi roti dah abis,kesian lak tgk kt uncle tu..So lepas tu,kitorang mesti spare roti utk uncle tu..


Lagi satu kisah selang sebuah dari gerai aku ni jual kuih muih..Popia dia memang sedap..Favourite aku tuh..Anak dia lak mesti hari2 beli roti john aku..Tiba tahun lepas g bazar ramadhan, aku tgk ayahnya lak dah jual roti john..Mungkin anaknya suka sgt mkn roti john, last2 ayahnya buka lak satu gerai jual roti john..hahaha



Bila tengok My love wat roti john nampak senang jer, tapi bila aku try buat mesti 'fail'..Tangan keras sangat kot..



Melayan customer yg datang membeli dgn senyuman...
Roti John...Roti John...Roti John



Taraaaaaaaaa..


Inilah dia Roti JOhn Black Pepper
Original recepies tau



Sebulan berniaga memang penat sgt rasanya tapi seronok bila tgk semua roti abis dijual..Berbaloi2.Rindu rasanya nak berniaga lagi..Lagipun nasib baik aku & My love mempunyai minat yg sama utk berniaga ni..Kalau sorang minat sorang tak minat susah gak nak plan kan..


Harap2 tahun depan dapatlah berniaga lagi..Masalahnya My love keje 12jam tu yg tak de masa..Kalau jadi niaga tahun depan nampaknya kita dah ada
'pembantu kecik'
..hehehe




With love,




Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..


Aduhai Puasa
Pada hari ini aku terpaksa berlapar dahaga kerana mu,

Akan tetapi….

Lapar dan dahaga ini hanyalah sedikit Jika hendak dibandingkan dengan kelaparan yang bakal ditanggung di dalam neraka sekiranya aku tidak boleh bersabar dalam menjalani mu


Aduhai Terawih
Setiap malam, peluh menitik membasahi tubuh ku kerana kehangatan berdiri lama mengerjakanmu Namun, Alangkah sedikitnya kehangatan ini jika dibandingkan dengan kepanasan di padang mahsyar yg mana matahari berada sejengkal di atas kepala ku


Aduhai Tahajud,
Alangkah beratnya lambungku untuk dipisahkan daripada tempat tidurku yang empuk semata-mata untuk mengerjakan mu Namun.. Alangkah menyesalnya aku Jika tidur ku di dalam kubur sering terganggu kerana tiada tahajud yang menghalang seksaan munkar dan nakir


Aduhai manusia,
Alangkah bahagianya Orang-orang yang tetap tekun dan sabar dengan amalan ini, Allah swt telah hiaskan syurga khas untuknya Allah swt telah jauhkan dirinya daripada neraka

Keampunan dan keredhaan Allah
yang diharapkan oleh setiap manusia
sentiasa bersama-sama dengannya
di dunia dan di akhirat..



Jika HARTA adalah RACUN.ZAKAT lah penawarnya. Jika UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya. Jika Seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN Pemutihnya.

Selamat Berpuasa buat semua...



With love,




Related Posts with Thumbnails

Pages

Design by Blogger Templates | Free Blogger Templates