KeNaPa Tak ROGOL Saya



Kisah benar ini berlaku di US

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.


Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke
rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI??? Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.



With love,



source :http://jomsayang.blogspot.com



KiSaH RoTi JoHn 2008


1st Ramadhan aku bersama My love dan princes Nafisa pergi ke Bazar Ramadhan.Seperti biasa bila jumpa saper2 yg kenal ngan kami mesti soalan yg sama akan ditanya seperti tahun lepas "tahun ni tak niaga roti john ke"?


"Tak dapat nak niaga tahun ni..tgh sarat..tunggu masa je baby nak kuar.InsyaAllah,tahun depan kot blh la niaga"..tu jawapan bagi soalan tahun lepas..Tahun ni punya jawapan lak "dah keje 12 jam ni tak de masa nak niaga, lagipun anak kecik lagi baru 10 bulan,hmm tengoklah tahun depan kot boleh".....hmm Kita tunggu lak apa jawapan utk tahun depan yer....
hehehehe




Sedar tak sedar dah dua tahun rupanya kenangan indah itu berlalu tapi tetap segar dlm ingatan..masa ni aku dan My love masih lagi di alam pertunangan.Mula2 risau juga nak niaga ni takut 'tak laku'.InsyaAllah ada la rezeki tu nanti.
Blm cuba blm tau kan..


Actually sblm ni tak pernah pun buat roti john ni,tau makan jer..
Roti John yg paling aku & My love suka sekali kt pasar malam Padang Jawa.Sedap bangat rasanya.Sanggup dari Pj ke Shah Alam semata-mata gi pasar malam kat situ beli roti john uncle tu..Last pegi situ masa aku pregnant 7 bln..Skrg umur Nafisa dah 10 bulan,baru2 ni pergi la pasar malam kat situ.Dlm kete terbayang2 dah roti john uncle tu tapi sedih sgt uncle tu dah tak niaga kat situ lagi..
huhuhuhu




Alkisahnya...1st day niaga, just bawa 30 pcs roti je..Tu pun rasa mcm dah byk sgt..Takut nnt kalau bawa byk2 tak abis lak.Tak tau la plak sambutan begitu menggalakkan..Kejap je da abis..2cnd day bawa lak 60pcs..pun abis..Hari ketiga tambah lagi 100pcs..licin gak... Dan hari seterusnya mesti bawa extra... Pun habisss...Syukur alhamdulillah..



Huh..time customer tgh ramai memang tak menang tangan rasanya..Menggeletar nak membuatnya dgn cepat..mana nak layan ragam customer lagi..ada yg nak extra black pepper la,mayonis lebih,tak nak sayur pun ader..sampai tak sempat la nak jeling 'tukang masak' kt sebelah tu...Masing2 buat tugas masing2..Walaupun 'amatur' 'tukang masakku' itu sgt cekap membuat roti john.



Ada satu kisah customer ni..Masa 1st day uncle ni dtg beli roti john, dia geleng2 kepala bila tgk.Tak tau la sbb apa..Ingatkan pasni confirm dia tak nak dtg beli dah tapi rupanya dlm sebulan tu hari2 dia mesti beli.Ada satu hari tu last minute baru dia dtg beli tapi roti dah abis,kesian lak tgk kt uncle tu..So lepas tu,kitorang mesti spare roti utk uncle tu..


Lagi satu kisah selang sebuah dari gerai aku ni jual kuih muih..Popia dia memang sedap..Favourite aku tuh..Anak dia lak mesti hari2 beli roti john aku..Tiba tahun lepas g bazar ramadhan, aku tgk ayahnya lak dah jual roti john..Mungkin anaknya suka sgt mkn roti john, last2 ayahnya buka lak satu gerai jual roti john..hahaha



Bila tengok My love wat roti john nampak senang jer, tapi bila aku try buat mesti 'fail'..Tangan keras sangat kot..



Melayan customer yg datang membeli dgn senyuman...
Roti John...Roti John...Roti John



Taraaaaaaaaa..


Inilah dia Roti JOhn Black Pepper
Original recepies tau



Sebulan berniaga memang penat sgt rasanya tapi seronok bila tgk semua roti abis dijual..Berbaloi2.Rindu rasanya nak berniaga lagi..Lagipun nasib baik aku & My love mempunyai minat yg sama utk berniaga ni..Kalau sorang minat sorang tak minat susah gak nak plan kan..


Harap2 tahun depan dapatlah berniaga lagi..Masalahnya My love keje 12jam tu yg tak de masa..Kalau jadi niaga tahun depan nampaknya kita dah ada
'pembantu kecik'
..hehehe




With love,




Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..


Aduhai Puasa
Pada hari ini aku terpaksa berlapar dahaga kerana mu,

Akan tetapi….

Lapar dan dahaga ini hanyalah sedikit Jika hendak dibandingkan dengan kelaparan yang bakal ditanggung di dalam neraka sekiranya aku tidak boleh bersabar dalam menjalani mu


Aduhai Terawih
Setiap malam, peluh menitik membasahi tubuh ku kerana kehangatan berdiri lama mengerjakanmu Namun, Alangkah sedikitnya kehangatan ini jika dibandingkan dengan kepanasan di padang mahsyar yg mana matahari berada sejengkal di atas kepala ku


Aduhai Tahajud,
Alangkah beratnya lambungku untuk dipisahkan daripada tempat tidurku yang empuk semata-mata untuk mengerjakan mu Namun.. Alangkah menyesalnya aku Jika tidur ku di dalam kubur sering terganggu kerana tiada tahajud yang menghalang seksaan munkar dan nakir


Aduhai manusia,
Alangkah bahagianya Orang-orang yang tetap tekun dan sabar dengan amalan ini, Allah swt telah hiaskan syurga khas untuknya Allah swt telah jauhkan dirinya daripada neraka

Keampunan dan keredhaan Allah
yang diharapkan oleh setiap manusia
sentiasa bersama-sama dengannya
di dunia dan di akhirat..



Jika HARTA adalah RACUN.ZAKAT lah penawarnya. Jika UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya. Jika Seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN Pemutihnya.

Selamat Berpuasa buat semua...



With love,




ChEf 1001 RaSa BaBaS ?


Fuhh..gempaknya tajuk en3 kali ni.. Tu la dulu ingatkan ada la rezeki nak jadi chef tapi tak kesampaian..mungkin ada hikmah disebaliknya kan...Tgk skrg berkat usahaku yg gigih utk menjadi seorang chef..mmg betul dah jadi chef pun tapi chef kat umah la..chef utk suami & anakku yg tercinta..hehehe..

Ntah la sampai skrg aku pun mcm tak percaya mcm mana aku boleh masuk pertandingan masakan 1001 Rasa Babas ni..Bila ingat jer balik time tu jadi malu plak rasanya..time shooting tu memang berdebar giler..Hanya Allah s.w.t saje yg tau perasaanku ketika itu..

Mengimbas kembali macam mana aku boleh masuk pertandingan masakan ni,awal Mac 2008 kisahnya pun bermula.Ketika itu aku bersama teman baikku Kak Saba nak g shoping kat Alam Sentral,Shah Alam.Masa nak masuk 'pintu gerbang' Alam Sentral tu dari jauh dah nampak macam ada shooting kt dpn tu siap ada camera besar lagi..Pastu dah sampai dekat baru perasan ada Chef Kamarul sekali..Rupanya diorang tgh cari 'calon' utk program masakan 1001 Rasa Babas..

Pastu saja la 'enterframe' dekat cket lagipun sambil
lalu nak masuk Alam Sentral tu kan tak sangk
a lak tiba2 Chef Kamarul dtg dekat siap interview lagi tanya pandai masak ke tak..huhuhu..Dgn malunya aku cakap masak yg simple2 tu bolehla.Pastu dia bagi tau berminat tak nak masuk pertandingan masakan 1001 rasa Babas..Try je la isi form,kalau ada 'rezeki' nanti dia call.Tak tau nak ckp apa masa tu,segan pun ada sbb dia ckp program tu nnt akan keluar TV.

Lebih kurang 2 mggu selepasnya,aku dapat
call...Shooting dah ditetapkan pada 13.04.08..termenung sekejap aku..Boleh ke aku buat ni..Berani ke aku..Blm lagi shooting aku dah berdebar ni..'cuba je la cari pengalaman,kalau ada rezeki mana tau leh menang'..aku menyedapkan hati...

Tibalah hari yg dinanti,
aku pergi ke studio ditemani tunang tersayang bersama 2 adik lel
aki ku.Kawanku Kak Sally bersama seorang teman Ayu pun ada dtg untuk memberi sokongan..Peserta ada 4 orang,2 lelaki 2 perempuan.. Masuk dlm studio aku tgk ada 4 meja dah ready..Siap sedia dgn kuali,periuk,mangkuk,bhn2 nak masak pun ada..Pendek kata semua lengkap la.Lagi la aku bertambah gerun.Rasa time tu mcm nak tarik diri jer.Memang nervous sgt2 rasanya.


Sebelum start memasak,kami para peserta diberi 'demo masakan' dulu oleh seorang chef (aku pun dah tak ingat nama chef tu apa).Chef Kamarul lak menjadi hos pertandingan masakan ni.Biasa tgk Chef Kamarul dlm tv jer,ni dah dpt tgk depan mata.hehehe


'Epal Goreng Kesari'..
Itulah 'menu' utk pertandingan masakan kali ini.Ist time aku dgr nama ni.Kalau suh masak mee goreng ke,mee kari ker,masak lemak cili padi ker, bolehla gak aku masak walaupun tak expert sgt..Macam mana nak masak ni,tgk demo tadi cam senang jer..Yakin boleh..hehehe.

Pertandingan pun bermula.
Seram sejuk aku dibuatnya..Tak tau nak mulakan yg mana satu dulu..Cameraman lak sibuk kesana kesini utk mengambil shoot yg terbaik..tak tentu arah aku dibuatnya.Menggeletar la tgn aku bila nak kupas epal tu.Peserta2 yg lain aku tgk relax jer..


Yg harunya,

ntah macamana mungkin aku terlampau 'nervous' sgt,myk belum panas lagi aku dah pi goreng epal tu..Time2 tu jugak ler camera tepat menghala ke arah kualiku..Adoii,tak dapat la markah penuh nampaknya bila para juri tgk 'aksi' aku sebentar tadi..

Yg lagi satu ni, time nak wat sos tu,aku terlebih isi serbuk kulit kayu manis lak..gabra punya pasal la tiba2 Chef Kamarul dtg sergah aku.Mesti pahit sos tu nnt..Dlm hati aku, confirm dah kalah aku ni..


Masa memasak dah tamat..
Fuhh lega rasanya..Kini tibalah time para juri merasa masakan,memberi komen sekaligus memberi markah ler..Tiba turn aku,bila juri rasa jer 'epal goreng kesariku' itu, spontan dia cakap sos nya pahit terlebih kulit kayu manis..Memang aku dah agak dah...tapi tang hiasan tu ader la gak dia puji sikit...erm tunggu jer la keputusannya nanti..

Nak tau tak siaran program
tu utk Tv
hanya setengah jam sahaja tapi masa shooting tu mak aii berjam2 lamanya..penat sgt rasanya...tapi memang suatu pengalaman yg betul2 mencabar keberanian aku bila masuk pertandingan ni.Aku tak der la berharap sgt utk menang, sajer suka2 jer cari pengalaman..tapi kalau menang tu rezeki ler.


Rupanya program ni akan disiarkan pada bulan pose..
Lambat lagi la kena tunggu lagi 5 bulan.Tak sabar ra
sanya nak tengok aku memasak dlm tv..Macam mana la yer rupanya..Mesti lucu kan...Biasanya tgk chef2 ni jer yg memasak...

Menghitung bulan demi bulan,

hari demi hari setiap detik yg berlalu,
akhirnya masa yg ditunggu pun tiba..Ramadhan pun menjelma..Masa ni aku bersama tunangku meniaga roti john di Bazar Ramadhan.Hah???ni lagi satu kes memang tak dirancang langsung nak niaga roti john..Dah la tak pernah buat roti john ni tapi memang favourite la,masa 1st time niaga tu masa tu la baru try buat roti john..semuanya berlaku secara spontan.Opssss..dah off topic ni..nanti la aku story pasal roti john ni kat entry seterusnya ok..



Berbalik semula kisah Babas aku ni,

mak n adik2 aku dtg dari kampung semua dah ready nak tgk sama2 .Tapi waktu program ni seingat aku ditayangkan pada pukul 7.00 mlm atau 7.30 mlm la..Dah lupa..Hari itu aku seperti biasa la niaga roti john bersama tunang tersayang.Jarak dari rumah ke Bazar Ramadhan tempat aku niaga ni dekat jer,kiranya sempat la nak tgk sama2 ngan family aku nnt.


Nak dijadikan ceritanya plak, hari tu lak tiba2 TV kt umah aku buat hal..tak kuar gambar..sblm ni ok jer.Adoii..dah la 5 bln menanti nak tgk,pastu Tv lak rosak..Macam mana la nak tgk..Terpaksa la ptg tu jugak mak n adik2 aku pergi terus ke Shah Alam tgk tv kt umah adik aku..

Aku lak time tu tgh bz berniaga..Customer tgh ramai time tu tak leh nak tutup kedai awal..Harap2 dapat la tgk nnt..
Habis jer berniaga,cepat2 aku ngan tunang aku bergegas ke Shah Alam.Jln plak jem..Dlm perjalanan, adik aku sms 'kak,dah start dah ni'..huhuhu nak nangis aku rasa mesti tak sempat nk tgk ni..Bukannya mcm Astro ada siaran ulangan.Tawakkal jer la time tu..Dpt tgk cket pun jadila..

Bila betul2 sampai depan pintu umah adik aku,
kedengaran semua org gelak..Mesti gelakkan aku ni.Hmm memang betul diorang tgh gelak tgk aku dlm tv dgn muka aku yg serius...hahaha..sebenarnya time tu aku malu sgt sbb tu muka jadi serius..


Bila keadaan dah tenang masa tu baru teringat knp
la aku tak pergi je tgk Tv kt umah family tunang aku..Tak der la jauh sgt sampai nak g Shah Alam.Kalau time tu tunang aku pun teringat,mesti sempat tgk..dah kelam kabut sgt masing2 tak ingat.Dah memang namanya tak der rezeki nak tgk kan,tapi mmg aku kecewa sikit la sbb tak dapat tgk program tu just dpt tgk disaat akhir jer slps keputusan pemenang diumumkan..dah last minute pun..

Keputusannya...jeng..jeng..jeng..

Mestilah aku tak menang..huhuhu.
Tak der rezeki la nampaknya.. bila ingat balik pengalaman tu best sgt rasanya...tapi camner resepi epal goreng kesari tu korang jgn tanya la yer,memang aku dah lupa terus..Sebenarnya resepi tu senang jer,bhn nya pun simple aje tapi mungkin kerana aku terlalu 'nervous' tu yg tak menjadi tu..hehehe

Sekarang ni,dah 2 tahun berlalu..bila ader je iklan Babas kt Tv aku tersenyum sendirian mengingat kenangan terindah yg pernah aku lalui bersamamu 'Babas' dan tetap aku tak boleh lupakannya sebab akan sentiasa ada org yg akan mengusikku tak lain tak bukan tunangku kini yg telah sah menjadi suamiku "Nafisa, dulu mama Nafisa berangan nak jadi chef tau"...



With love,

Related Posts with Thumbnails

Pages

Design by Blogger Templates | Free Blogger Templates