KELAHIRAN YANG DINANTI



17/09/09





(2 ptg)


Dalam perjalanan ke Hospital Serdang,macam2 yang aku fikirkan..Berdebar & takut sgt rasanya.Aku pandang muka My love disebelah.Nampak tenang tapi aku tahu dari gerak gerinya dia pun berperasaan macam aku.Genggaman tanganku dia genggam erat.

Betul ke aku nak bersalin ni tapi tak ada rasa sakit pun lagi just ada 'tanda' tu je.Tapi betul ke tandanya tu aku nak bersalin?Nanti kalau sampai hospital doc cek 'jln' x buka2 lagi,mesti kena balik.Ada kwn2 ku cakap masa doc nak cek serviks kita tu dah buka ke belum,mmg sakit masa kena seluk tu.Ngeri aku bila dgr.Macam2 yg aku fikirkan saat ini.Hanya Allah s.w.t je yg tahu gelodak perasaanku ketika ini..

Menggigil tanganku apabila nurse memintaku menukar kain batik supaya senang utk doc cek jln nnt.Sambil menunggu doc dtg,aku baring di atas katil.Masa tu aku langsung tak ada rasa sakit lagi.Aku berdoa pada Allah S.W.T agar jlnku sudah terbuka nanti.Dah tak sanggup rasanya aku menanti saat2 kelahiran ini.My love pun dah tak sabar2 nak jadi 'babah'.

Allah Hu Akhbar..
Sakitnya aku rasa masa doc 'seluk' tu.Mengucap panjang aku.Mmg sakit sgt sampai seluruh tubuh badan aku menggigil.Bukan sekali tapi 3 kali diseluknya.Time tu aku rasa macam nak terajang2 je doc tu.Alhamdulilah doc bagi tau 'jln' aku dah buka 3 cm tapi aku still tak rasa apa2 lagi.



(5 ptg)



Aku tidak dibenarkan balik sebab 'jln' dah buka 3 cm..So,ptg tu aku terus dimasukkan ke wad..Adik iparku yg duduk berhadapan wad ku dtg melawatku.Katanya dia mungkin diinduce dalam masa beberapa jam lagi.Di dalam wad,aku menghabiskan masa berjalan2 disekitar wad biar lagi cepat bukaan rahimku..



(8 mlm)


Alhamdulilah,jalanku dah buka 4 cm tapi aku still tak rasa sakit lagi.Dari berbaring di atas katil aku pun jalan2 lagi disekitar wad.Perasaan berdebar,takut,macam2 difikiran.Tak dapat dibayangkan macam mana aku nak bersalin nanti tapi aku lega bila fikirkan My love dapat menemaniku ketika aku melahirkan anak kami nnt..



(10mlm)


Dah ada tanda2 sakit..Baru 'introduction'..lebih kurang kul 10.30 mlm My love dtg membawa makanan yg aku pesan.Sebenarnya aku dah tak de selera nak makan,tapi takut tak ada tenaga lak nnt nak meneran semasa bersalin nnt.Dah la siang tadi aku berpuasa.Kul 11.30 sakit semakin kuat setiap 10minit.Aku terus panggil nurse.Jlnku dah buka 5cm.Nurse memintaku bersiap sedia utk ke labour room..



18/09/09



(12.15 mlm)



Aku dah ada di labour room.My love setia menemani disisiku.Kata My love,ibuku & adik2ku ada diruangan menunggu.Aku tdk sempat berjumpa ibuku.Selepas aku meminta maaf kpd My love,aku memintanya menyampaikan kata maafku kpd ibuku & mendoakanku supaya aku mudah bersalin nnt dan semoga semuanya selamat.


(1.00 pagi)



Jlnku sudah terbuka 7cm..Doc memecahkan air ketubanku.Kata doc aku dijangka bersalin pd pukul 5 pagi nnt.Aku terus melihat jam didinding baru pukul 1,alamak laratkah aku menahan kesakitan ini selama 4 jam lagi???..Macam2 yg aku fikirkan termasuklah perkara2 yg negatif..tetapi My love sentiasa memberikanku semangat supaya aku kuat menghadapi saat ini..Terima kasih kpd My love krn byk bersabar dgn kerenahku yg macam2...


(2.35 pagi)



Sakitku dtg setiap 2 minit..Terasa macam babyku dah tak sabar2 nak keluar.Aku memberitahu My love supaya memanggil doc.Terkejut doc ngan nurse apabila melihat jlnku sudah terbuka 9cm.Masing2 bertanya adakah aku meminum air selusuh sbb bukaan rahimku begitu cepat.Aku menggeleng kepala.Dlm hatiku berkata'mungkin babyku tak nak biarkan mama nya sakit lama2 kot'..


(2.40 pagi)



Aku sudah start meneran.My love sentiasa menggenggam erat tgnku.Mukanya kelihatan sedih sgt setiap kali aku menjerit menahan kesakitan.Mula2 aku tgk 1st time My love masuk ke labour room tadi mukanya seakan panic tapi lama2 dia sudah dapat mengawal perasaannya.


(2.50 pagi)



Aku masih lagi meneran..Kata My love kepala babyku sudah nampak.My love,nurse dan doc byk memberikanku semangat ketika itu.Aku kena kuat.Hanya separuh kepala baby je jap kuar jap masuk.Segala 'skil' meneran & teknik pernafasan yg ku baca dulu sewaktu hamil secara 'teorinya' terasa amat senang, kini terasa amat susah utk dipraktikkan..Ya Allah permudahkanlah hambamu ini..


(3.00 pagi)


Hampir separuh tenagaku hilang tapi 'baby' ku tak keluar lagi..Tiba2 aku mendengar doc ckp 'saya gunting ye'.Huhuhuhu..Aku merelakan dlm terpaksa.Apa yg aku fikirkan ketika itu buatlah apa sahaja asalkan babyku dpt keluar dgn cepat dan selamat.


(3.03 pagi)



Dgn sekali teran sahaja selepas aku 'diguntingkan',babyku selamat dilahirkan secara normal.SubhanAllah,sebaik sahaja babyku keluar,segala kesakitan ku terus hilang.
Syukur kpd Allah s.w.t krn mempermudahkanku ketika bersalin.

Baby girl ku dilahirkan dgn selamat,sempurna,sihat dan comel sgt...1st impression 'tentulah macam muka babahnya'...
Selepas baby ku selesai di qamatkan oleh babahnya,aku terus menyusukannya..tenang hatiku bila babyku ada dipelukanku..Detik yang saat indah bila aku dpt menyusukan bayiku sendiri..Syukur alhamdulillah.


Selepas itu aku ditempatkan di wad kelas 1 atas permintaan My love.Katanya supaya aku lebih selesa dan My love serta ibuku dpt menjaga bayi kami sepanjang berada di wad itu.


(5.00 ptg)


Alhamdulilah,setelah semuanya selesai & tiada apa2 masalah aku & permata hatiku dibenarkan pulang.Terima kasih kpd doc dan staff nurse Hospital Serdang atas layanan mesra yg diberikan sepanjang aku berada disana.



Sesungguhnya pengalaman bersalin setiap ibu itu berbeza..Sekadar berkongsi cerita,inilah pengalaman paling hebat yg pernah aku lalui..




With Love...




1 comments:

Anonymous said...

Azlin:welcome my little princess

Related Posts with Thumbnails

Pages

Design by Blogger Templates | Free Blogger Templates