KALAU TAHAN DGN PERANGAINYA...



"Makcik,saya ikhlas kawan ngan ina,saya suka kat ina,kalau boleh kami nak bertunang".Secara spontan ibuku menjawab "Kalau tahan dgn perangainya,bolehlah makcik tak kisah.Jagalah dia baik2.Anak makcik ni manja sikit anak perempuan sorang,kuat merajuk,macam2lah perangainya"....

Tersenyum aku mendengar perbualan diantara My love dan ibuku sewaktu kami tgh makan kfc di KLCC...Itulah kali pertama aku memperkenalkan My love kpd ibuku sewaktu ibu dan adikku berkunjung ke Shah Alam pada 15/11/07.

Masa tu lbh kurang 4 bulan aku dan My love saling mengenali.Ayahku tdk dapat dtg bersama kerana masih ada urusan di kampung.Dikesempatan itu juga My love membawa kami jalan2 disekitar K.L.Kami pergi ke KLCC,main bowling di Summit USJ dan yg paling syok sekali adikku la dpt naik Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa..

Berdebar juga hatiku utk memperkenalkan My Love kpd ibuku tetapi nampaknya ibuku macam dah 'berkenan' sgt kat bakal menantunya ni.Semasa menunggu My Love selesai bersolat sempat lagi ibuku berbisik kepadaku..katanya My Love ni nampak budaknya baik,jujur,berterus terang byk lagi la yg dipujinya dan adalah sedikit 'nasihat' utkku 'jaga My Love baik2'....hehe..terima kasih mak..cayang mak..






"Hingga sekarang dah ada anak sorang pun,bla aku 'wat perangai' My love ku cakap 'patutla mak siap pesan kt abg dulu kalau tahan dgn perangainya'..huhuhuhu



With love,





DETIK PERTEMUAN


Secara ringkasnya aku bertemu dgn My love pada awal OGOS 07. Ketika itu kami bekerja ditempat yang sama tapi lain depatment. Aku adalah pekerja baru dan My love menghulurkan salam perkenalan.


Lebih kurang 3 minggu berhubung melalui sms dan hanya tersenyum tanpa bicara bila bertembung ditempat kerja,My love mengajakku keluar jalan2.Masih ku ingat our 1st date kami pada 27 Ogos 07 di KLCC.

Walaupun baru pertama kali keluar aku rasa sungguh selesa utk berbual dgnnya (x perlu la nak control2)..mungkin sbb aku tgk dia pun selamba jer orgnya..Selepas 2 bulan bertitle 'kwn' akhirnya My love meluahkan perasaan cintanya padaku dan aku menerimanya dgn linangan air mata kegembiraan.

Kenangan yg tdk dapat aku lupakan ketika My love membawaku jalan2 ke Genting Highlands memandangkan aku tdk pernah sampai lagi ke kota keriangan itu.Best sgt.....masa tu masih malu2 lagi






With Love...

SALAM SHAZLIN





Assalamualaikum wbt dari shazlin diaries... dimulakan dengan bismillah dan syukur kepada yang pencipta kita Allah swt. Puas sudah saya bersama myLove berusaha untuk menghasilkan bloq ini. Maklum la kedua2 nya masih baru bertatih. Jadi insyallah dari masa ke semasa saya cube untuk menceriakan bloq ini dengan post2 yg menarik dan perkembangan terbaru kami sekeluarga. Semoga anda semua terhibur dan ceria membaca coretan dari saya. Akhir kata saya sudahkan dengan pantun warisan melayu kite ;



Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolok kan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjuk kan.


Walaupun tidur tak lelap,
Minum tak puas,
Makan tak kenyang,
Mandi tak basah,
Jangan serik datang lagi




With Love...

Related Posts with Thumbnails

Pages

Design by Blogger Templates | Free Blogger Templates